Friday 27 July 2012

TEROMBA

Definisi Teromba

Merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk-bentuk puisi . Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. Adat yang dimaksudkan ialah adat Minangkabau yang mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial dan mengamalkannya.

Ciri-ciri dari aspek bentuk:

  1. Sejenis puisi terbentuk bebas atau puisi tidak terikat.
  2. Mengandungi 7 rangkap. Jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap 1 mengandungi 14, rangkap 2 mengandungi 16 baris serangkap. Rangkap 22 baris serangkap,rangkap empat , 6 baris serangkap. Rangkap lima 17 baris serangkap. Rangkap enam 7 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris serangkap.
  3. Rima akhir teromba adalah tidak tetap.
  4. Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu diantara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris.
( rangkap 1 , baris 1 ........ tatkala )
( rangkap 2 , baris 16 ......perempuan biasa berusahakan benang dan kapas )

Terdapat penggunaan jenis puisi melayu tradisional yang lain seperti penggunaan peribahasa:
contoh :  Bulat air kerana pembetung,
                   Bulat manusia kerana muafakat,
     Hidup dikandung adat,
   Mati dikandung bumi.

Ciri-ciri dari segi isi :
Isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat yang melahirkan dan mengamalkannya.

Teknik Penulisan :
Sejenis puisi berbentuk bebas atau tidak terikat
  • Rangkap Teromba
- mengandungi 7 rangkap. Jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap 1 mengandungi 14 baris,rangkap dua 16 baris serangkap,rangkap 22 serangkap,rangkap empat 6 baris serangkap,rangkap lima 17 baris serangkap,rangkap enam 7 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris serangkap.

  • Jumlah perkataan sebaris
- Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu diantara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris.

Contoh:     rangkap 1, baris 1........tatkala
                                                                 rangkap 2, baris 16.......perempuan biasa berusahakan benang dan kapas.

Maksud Teromba

Mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat Negeri Sembilan yang melahirkan dan mengamalkan adat perpatih. Oleh itu,Teromba yang ditulis merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi yang dikenali sebagai puisi adat.

Fungsi Teromba

  1. Menberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau sistem hidup masyarakat yang baik dan harmoni. Melalui adat, peraturan dan undang-undang yang dibentuk. Dalam rangkap 2 menjelaskan keutamaan adat dan masyarakat setempat. Penghulu,ulama masing-masing dengan tugas mereka. Begitu juga dengan pahlawan, juara saudagar dan kaum wanita.
  2. Membentuk dan membina satu masyarakat yang harmoni.
Contoh Teromba ( Teromba Adat )

Hidup dikandung adat
Mati dikandung tanah
Adat dipakai baru
Kain elok dipakai 
Yang elok dipakai
Yang burukdibuang
Lembaga berlikungan
Undang kelintasan
Duduk meraut ranjau
Tegak meninjau jarak
Ke darat Adat pepatih
Ke laut Adat Temenggung
Ke laut berteromba
Ke darat bersalasilah
Adat bersendi hukum
Hukum bersendi Kitab Allah








Thanks Reading :)

No comments:

Post a Comment