Friday 27 July 2012

MANTERA

definisi mantera

Mantera diambil daripada perkataan sankrit ' mantra ' atau ' mani ' yang merujuk kepada kata-kata dalam kitab suci penganut Hindu , Veda . Dalam masyarakat melayu , Mantera atau juga dikenali sebagai jampi , serapah atau seru merupakan sejenis pengupacaraan yang berentak puisi yang mengandungi unsur sihir dan bertujuan bagi mempengaruhi atau mengawal ayat yang dibaca untuk memenuhi keinginan pentuturnya . Antara lain , mantera merupakan ayat yang dibaca bagi melakukan sihir iaitu melakukan sesuatu secara kebatinan , seperti menundukkan musuh , melemahkan musuh atau memikat wanita .

Selain itu , mantera dianggap mempunyai kuasa ghaib yang luar biasa yang membolehkan pembacanya mengawal seseorang alam semulajadi . Antaranya ciri-ciri mantera adalah ia berbentuk puisi . Isi dan konsepnya melambangkan kepercayaan masyarakat masa itu , dicipta bagi satu tujuan tertentu . Secara kebiasaannya , ia bersifat sihir simpati iaitu sesuatu sifat disebut atau dikaitkan agar pembaca mantera tersebut dapat memiliki sifat yang sama . Sebagai contoh , "...........Aku bukan tepuk bantal , tetapi tepuk hatimu ... dan yang lain seumpama dengannya .

Ciri-ciri umum sesuatu mantera , biasanya adalah :

 Ia terdiri daripada beberapa rangka yang berirama.
  1. Kandungannya mempunyai kaitan dengan kuasa ghaib.
  2. Ia diamalkan dengan mempunyai matlamat tertentu.
  3. Ia diwarisi daripada perguruan atau melalui cara ghaib seperti mimpi.
  4. Biasanya memerlukan pengamalnya yakin bersungguh-sungguh dan sekira mengamalnya.
  5. Berasa kurang keyakinan, ia akan menjadi tawar dan tidak berkesan.
Antara jenis mantera adalah :

  1. Mantera pakaian diri.
  2. Mantera perubatan.
  3. Mantera perunding.
  4. Mantera upacara tertentu pembinaan bagi melakukan sesuatu perkara terhadap musuh.
Mantera dalam kepercayaan melayu telah mengalami perubahan daripada kepercayaan anisma kepada kepercayaan Hindu dan kemudiaannya kepada kepercayaan Islam. Oleh itu, tidak menghairankan bahasa dalam istilah-istilah Islam yang digunakan dalam mentera yang menggantikan istilah Hindu pada awalnya. Salah satu contohnya adalah mantera pengasih seperti dibawah.

Bismi'llahi 'I-Rahmani 'I-Rahim
Tepuk bantal panggil semangat
Semangat datang dalam mimpi 
Aku tak menepuk bantal
Aku menepuk jasad dan roh 
Satu badan dua nyawa
Satu jasad dua nyawa
Rindu kasih sayang kasih
 Gongcangkan jasad dan roh  ........                                                                                                                                                  

Thanks Reading :)

No comments:

Post a Comment