Friday 27 July 2012

TALIBUN

Definisi Talibun

  • Talibun ialah puisi beranggap tentang perincian suatu objek atau peristiwa dan umumnya terdapat dalam genre lipur lara. 
  • Sejenis puisi melayu berbentuk bebas ( ikatan puisi bebas )
  • Digunakan sebagai selingan dalam cerita lipur lara.
Ciri-ciri Talibun

  1. Struktur talibun berbentuk bebas iaitu dalam serangkap talibun tidak mempunyai jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata yang seimbang. Talibun juga tidak mempunyai sistem rima tertentu.
  2. Dalam sesuatu untai talibun, mungkin terdapat sisipan daripada genre puisi yang lain seperti pantun,syair,dan sebagainya. Tetapi ternyata sisipan ini dianggap sebahagian daripada rangkap talibun.
  3. Fungsi dan kedudukan talibun adalah sebahagian sisipan di dalam sesebuah cerita lipur lara. Fungsi talibun di dalam sesebuah cerita adalah sebagai pemerian kepada cerita berkenaan dan memperjelaskan perlukisan tersebut.
  4. Isi atau tema sesebuah talibunberhubungan dengan pemerian yang dilukiskan di dalam sesebuah konteks. Misalnya untuk memerikan atau melukiskan keindahan sesebuah senjata dan unsur-unsur di dalam sesebuah cerita.
  5. Penggunaan bahasa perulangan menjadi lumrah dalam pembentukannya. Teknik perulangan ini bukan sahaja wujud dalam penggunaan gaya bahasa tetapi juga pengulangan seluruh puisi tersebut.
Contoh Talibun ( Keindahan dan Kemakmuran Negeri )

Medannya indah bukan kepalang
Rantaunya luas bagai dibentang
Tebingnya tinggi bagai diraut
Pasirnya serong bentuk taji
Batunya ada besar kecil
Yang kecil pelontar balam
Jikalau untung kena balam
jikalau tidak kena ke tanah
Menderu selawat ibu ayam
Helang disambar punai tanah
Seumpama kundur tengah labu
Kecil pohon besar buahnya
Negerinya beruntung bandar rayanya bertuah
Cari di darat boleh di darat
Cari di laut boleh di laut
Ayam itik penuh direban
Lembu kerbau penuh di tengah padang
Gajah badak penuh tengah lautan 
Sejuk dingin seperti ular cintamani
Di Negeri Teluk Bidung Kota Lama



Thanks Reading :)

No comments:

Post a Comment