Friday 27 July 2012

GURINDAM

Definisi Gurindam

Menurut ismail Hamid ( 1989 ) istilah gurindam berasal daripada bahasa sanskrit. Walaupun berasal daripada bahasa asing, tetapi dalam perkembangan puisi melayu-gurindam yang berkembang dalam tradisi lisan melayu mempunyai benyuknya yang tersendiri dengan gurindam itu iaitu perkataan yang bersajak akhir pasangannya,tetapi sempurna perkataannya dengan satu pasangannya sahaja, jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang kedua itu jadi seperti jawab.

Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Raja Ali Haji Sultan Takdir Alisjahbana ( 1954 ) menjelaskan pembentukan gurindam yang biasanya terjadi daripada  sebuah  kalimat majmuk, yang dibahagikan menjadi dua baris yang bersajak. Tiap-tiap baris itu ialah sebuah kalimat dan perhubungan antara dua buah kalimat itu biasanya ilah perhubungan antara anak kalimat dengan indul kalimat. Jumlah suku kata tiap-tiap baris itu tidak ditentukan. Demikian juga rimanya tiada tetap.

Definisi yang diberikan oleh Raja Ali Haji dan Sultan Takdir Alisjahbana ini hanya menyentuh bentuk sahaja. Menurut Za`ba ( 1962 ) gurindam merupakan puisi yang tidak mengandungi sukatan yang tetap. Puisi ini mengandungi fikiran yang bernas dan digubahkan dalam bahasa yang indah untuk dinyanyikan bagi tujuan hiburan.

Sebelum itu, dalam pelita bahasa melayu penggal III ( 1957 ) Za`ba pernah menyatakan bahawa gurindam dan seloka lebih kurang sama iaitu satu jenis syair meleret yang tidak teratur, berangakap-rangkap dan tiada tetap sukatnya, timbangannya dan sajaknya. Maka jika adapun perbezaannya anrata dua itu ialah pada keadaan isinya dan bahasanya sahaja iaitu :



  • Gurindam biasanya padat dan bernas dan isinya lebih cenderung kepada riang dan suka cita sebagai nyanyian, bermain-main dan mengeli-gelikan hati. Yang demikian menunjukkan ada kesempatan boleh melengah-lengahkan masa dan menyuka hati.
  • Seloka bahasanya kerap kali meleret dan lanjut dan sindir giatnya selalu tajam dan bias seperti mengejek dan selain itu boleh juga isisnya mengandungi perasaan-perasaan hiba,sedih sayu,asyik berahi,khayal,mimpi dan angan-angan. Yang demikian menunjukkan ada kesempatan pula boleh melengah-lengahkan masa dengan perkara-perkara.
Menurut Mohd Taib Osman ( 1979 ) huraian Za`ba seperti di atas telah meluaskan lagi struktur gurindam dan seloka daripada yang diberikan oleh Sultan Takdir Alisjahbana ataupun Raja Ali Haji.

Harun Mat Piah ( 1989 ) kemudiaanya menjelaskan lagi definisi gurindam berdasarkan bentuknya iaitu sejenis puisi melayu lama yang tidak tertentu bentuknya sama ada terikat atau tidak. Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap dengan rimanya a,a. Biasanya beberapa rangkap gurindam diperlukan untuk melengkapkan satu keseluruhan idea

Seperti seloka gurindam bukanlah puisi yang lumrah digunakan oleh masyarakat melayu. Bentuk ini lebih formal penggunaannya. Puisi ini mungkin digunakan dalam majlis-majlis tertentu. Oleh itu, sangat sukar untuk mencari contoh gurindam kecuali yang wujud dalam bentuk tulisan iaitu " Gurindam Dua Belas " yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji.

Fungsi Gurindam


Berdasarkan isinya, gurindam dapatlah dianggap sebagai puisi yang digunakan untuk tujuan pendidikan dan hiburan. Selain itu, gurindamjuga berpunyai sebagai dokumentari gambaran masyarakat melayu lama kreativiti dan estetika serta daya intelektual masyarakat melayu lama dalam menangani hal kehidupan mereka. Gurindam juga dapat dijadikan media komunikasi antara ahli masyarakat. Terutamanya dalam majlis-majlis yang formal.


Jenis Gurindam


Gurindam dibahagikan kepada 3 jenis iaitu :



  • Gurindam serangkap dua baris
  • Gurindam serangkap empat baris
  • Gurindam bebas
Gurindam Serangkap Dua Baris

- Berbentuk asli
- Baris pertama menjadi buah fikiran kepada buah fikiran seterusnya
- Nasihat yang baik dan indah terbentuk daripada irama akhir sama.

Gurindam Serangkap Empat Baris

- Empat baris kalimat atau ayat.
- Rima akhir seperti puisi pantun.

Gurindam Bebas

- Bilangan baris ayat pada rangkap tidak terhad
- Persamaan akhir tidak dipentingkan
- Isinya tetap mempunyai nasihat.

CONTOH GURINDAM

Tiada siapa yang besar,
Tiada siapa yang tinggi,
Tetap sama sedasar,
Tidaklah berbeza lagi,
Jangan takut dan gentar,
mati hanya sekali,
Jangan bertukar berkisar,
Tetap di lapangan mengenali.

Thanks Reading :)

No comments:

Post a Comment