Saturday 28 July 2012

LATAR BELAKANG SYAIR IKAN TERUBUK

Latar Belakang

Slah satu cerita lisan yang masih mentradisi di kalangan masyarakat Melayu Bengkalis,Riau adalah kisah ikan Terubuk. Kisah ini terabaikan dalam bentuk syair dengan 285 rangkaian bait yang lebih dikenal dengan Syair Ikan Terubuk. Rangkaian bait syair ini telah diterbitkan sekitar du puluh versi, salah satunya ditulis oleh Ulul Azmi

Rangkaian syair ini menceritakan perjuangan ikan Terubuk,salah satu jenis ikan yang menjadi pemimpin kerajaan laut dengan daerah kekuasaan meliputi beberapa selat,untuk mendapatkan putri nan cantik jelita bernama Puyu-puyu dari kerajaan air tawar. Untuk mendapatkan putri Puyu-Puyu,ia pun mengerahkan bala pasukan yang dimilikinya untuk menerobos masuk ke kerajaan air tawar. Namun mujur tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak,pasukan Terubuk terjerat jaring nelayan.

Melalui buku ini, Ulul Azmi menunjukkan bahawa syair ikan Terubuk merupakan karya sastra sarat makna dan bernilai tinggi yang mempunyai pengaruh cukup signifikan terhadap kehidupan masyarakat Bengkalis,khususnya di laut muara sungai Siak,Riau. Di samping itu, Azmi juga menunjukkan bahwa karya sastra yang diciptakan pada abad ke-19 ini dibuat oleh seorang penyair yang memiliki pengetahuan luas mengenai kehidupan di dalam air, baik air masin mahupun air tawar.

Secara politik, rangkaian Syair Ikan Terubuk menggambarkan ambisi yang gagal dari penguasa lautan,ikan Terubuk, untuk menguasai daerah pedalaman,putri Puyu-Puyu. Jika ditarik pada konteks awal keberadaan syair tersebut,kita akan mengetahui bahwa Syair Ikan Terubuk menceritakan ambisi dari negeri pantai di wilayah Semenanjung Melayu,yang diwakili oleh Sultan Mahmud dari Melaka,untuk menaklukan negeri-negeri di daerah pedalaman sepertu Pararruyung,Minangkabau dan negeri-negeri agraris lainnya.

Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu, syair kiasan atau alegoro yang mengisahkan percintaan antara ika. Menurut Overbeck,syair jenis ini biasanya mengandungi sindiran terhadap peristiwa tertentu. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-Puyu misalnya menyindir peristiwa peminangan seorang anak Melaka terhadap puteri Siak yang tidak berhasil. Syair ini mungkin diilhami oleh pelanggaran Melaka terhadap Siak. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-Puyu ini berdasarkan naskhah v.d Wall 242 di Jakarta.

Maksud Syair mengikut rangkap

Rangkap 1 : Syair ini dimulakan dengan bacaan bismillah sebagai pembuka cerita dan seterusnya diikuti dengan memuji kebesaran Allah pentadbir sekalian alam semesta sentiasa memberi rahmat siang dan malam kepada setiap umat Islam

Rangkap 2 : Syair ini menceritakan tentang ikan Terubuk yang tidak menghiraukan keadaa sekeliling 
( kawasan pemerintahannya ) kerana bersedih.

Rangkap 3 : Sebenarnya ikan terubuk adalah ikan yang dianggap berhantu dan berasal dari laut Melaka.
Ikan terubuk berada dalam kesedihan setiap waktu sehingga tidak ada keceriaan dihatinya.

Rangkap 4 : Ikan terubuk sentiasa termenung dan bermuram dalam kesedihan kerana perasaannya resah gelisah apabila mengetahui adanya puteri yang cantik jelita.

Rangkap 5 : Kisahnya bermula apabila ikan terubuk yang cuba memujuk rayu puteri ikan puyu-puyu sehingga menyebabkan ikan terubuk sentiasa terkenangkannya.

Rangkap 6 : Puteri tersebut dikenali sebgai Puteri Puyu-puyu yang tinggal di dalam sebuah kolam ( air tawar ) Memiliki rupa paras yang cantik,tingkah laku yang baik serta bersopan-santun

Rangkap 7 : Tempat tinggal sang puteri di Tanjung Padang. Pada suatu ketika ikan terubuk datang menziarahinya lalu jatuh cinta kerana kecantikan fizikal yang dimiliki oleh puteri ikan puyu-puyu

Rangkap 8 : Ikan terubuk mulai terkenang puteri puyu-puyu dari jauh hingga tidak terkata. Perasaannya diselubungi resah sehingga tidak keruan ( tidak tentu arah jadinya )

Rangkap 9 : Perasaan sedih kerana terkenangkan puteri puyu-puyu yang tidak menerimanya menyebabakan ikan terubuk ( golongan bangsawan ) pulang ke tempat asalnya di Tanjung Tuan. Siang dan malam ikan terubuk teringatkan tuan puteri.

Rangkap 10 : Apabila menjelang waktu senja ( petang ) tuan puteri berdoa, sekiranya dia dari keturunan raja yang berdaulat moga Allah akan memakbulkan segala pemintaannya.

Rangkap 11 : Upacara berdoa tersebut dimulai dengan tuan puteri mandi berlimau membersihkan diri,seterusnya ke tempat  beribadat. Tuan puteri berdoa sehingga waktu dinihari ( subuh )

Rangkap 12 : Doa tuan puteri dimulai dengan  puji dan puja kepada Allah. Tuhan puteri merintih akan nasib dirinya,dia juga bermohon untuk mendapat restu dari keturunannya agar doanya diperkenankan.

Rangkap 13 : Tidak lama kemudian, suasana berubah ribut,kilat dan petir sabung menyabung lalu turunlah nenek moyangnya dari kayangan.

Rangkap 14 : Mereka membawa sepohon pokok pulai yang dibawa dari Tanjung Balai. Pokok pulai itu sangat cantik apabila tuan puteri menyaksikannya timbullah rasa kagum.

Rangkap 15 : Pokok pulai itu sangat rendang dengan banyak dahannya. Pokok pulai itu diletakkan ditengah-tengah kolah. Apabila samapi waktu yang telah ditetapkan tuan puteri telah melompat ke atas pucuknya

Rangkap 16 : Dengan restu para wali ( orang suci ) tuan puteri tidak dapat berkata-kata,belumpun sempat berlaku apa-apa tuan puteri sudah tidak kelihatan lagi.

Rangkap 17 : Ikan belida bersungguh-sungguh memaklumkan tentang kejadian tersebut di mana tuan puteri telah naik ke langit bersama dengan bala tenteranya.

Rangkap 18 : Ikan pari telah datang menghadap Duli Baginda Seripada ( ikan terubuk ) memaklumkan tentang berita kehilangan tuan puteri puyu-puyu

Rangkap 19 : Ikan pari memaklumkan bahawa berita kehilangan tuan puteri naik ke udara datangnya daripada ikan belida. Dia berharp berita tersebut tidak akan menimbulkan keresahan kepada ikan terubuk. Lalu dia mempersilakan ikan terubuk ke laut Negara.

Rangkap 20 : Apabila raja Seripada mendengar berita tersebut dia berasa sangat sedih hingga menyebabkannya menitiskan airmata. Beliau berasa harapannya hamapa kerana belum dia sempat dia bertemu tuan puteri, tuan puteri telah menghilangkan diri.

Rangkap 21 : Ikan terubuk terus berenang ke lautan luas bersama dengan bala tenteranya,perasaannya deselubungi rasa serba salah sehingga timbul rasa takut ( tidak berjumpa dengan tuan puteri ) dalam hatinya.

Rangkap 22 : Raja Seripada diselubungi rasa sedih kerana kehilangan tuan puteri yang dikasihinya. Begitulah nasib yang terpaksa dihadapinya.

Rnagkap 23 : Perasaan Raja Seripada terus dibayangi rasa sedih yang berpanjangan akibat kehilangan tuan puteri.

Rangkap 24 : Raja Seripada kembali semula ke tempat asalnya. Perasaan sedih yang teramat sangat kerana hasrat hatinya untuk mendapatkan tuan puteri tidak kesampaian perasaan sedihnya itu bersemandi di dalam kalbunya.

Sinopsis:

Syair simbolik/kiasan ini menceritakan tentang ikan terubuk yang berasal dari Tanjung Tuan di laut Melaka 
( kerajaan air masin laut ) telah jatuh cinta pandang pertama dengan tuan puteri ikan puyu-puyu yang berasal dari Tanjung Pandang ( kerajaan air tawar ) . Ikan terubuk yang digelar sebgai Duli Seripada sentiasa terkenang akan tuan puteri ikan puyu-puyu yang cantik rupawan dan baik tingkah laku serta bersopan santun

Namun begitu, tuan puteri ikan puyu-puyu menolak hasrat hati ikan terubuk,menyebabkn ikan terubuk pulang ke Tanjung Tuan membawa hati yang lara. Tuan Puteri puyu-puyu tidak berminat dengan ikan terubuk lalu dia berdoa kepada tuhan agar diberi jalan untuk tidak bersama dengan ikan terubuk. Lalu berlakulah peristiwa aneh,angin ribut beserta kilat dan petir sabung menyabung dan akhirnya sebatang pokok pulai tumbuh ditengah kolah puteri puyu-puyu. Tuan puteri puyu-puyu telah melompat ke atas pucuk pokok pulai dan hilang lenyap diudara.

Berita kehilangan puteri puyu-puyu di udara bersama dengan bala tenteranya telah disampaikan oleh ikan belida kepada ikan pari. Berita tersebut telah dipanjangkan pula kepada ikan terubuk yang digelar sebagai Duli Seripada. Apabila mendengarnya, dia berasa amat sedih kerana hasratnya untuk memiliki tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian.

Ikan terubuk dan bala tenteranya terus pergi mancari di lautan luas, namun segala usahanya sia-sia sahaja kerana tuan puteri puyu-puyu sudah tiada. Ikan terubuk akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke tempat asalnya dengan kecewa kerana hasratnya untuk memiliki tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian.

Tema

Bertemukan kegagalan dalam percintaan berpunca dari perbezaan status.

Persoalan

Persoalan Percintaan : Percintaan yang melibatkan perbezaan status/darjat yang membawa kepada kegagalan dalam percintaan tersebut. Percintaan yang melibatkan ikan terubuk yang berasal dari kerajaan air masin dengan puteri ikan puyu-puyu dari kerajaan air tawar.

Persoalan Pengharapan pada yang Esa/ Doa : segalan harapan hendaklah disandarkan kepada yang Maha Esa, Puteri ikan Puyu-puyu berdoa kepada Allah agar dia tidak dipertemukan dengan ikan terubuk

Persoalan tentang kerinduan : Kerinduan terhadap kekasih yang jauh terpisah hingga menyebabkan perasaan jadi resah dan gelisah. Ikan terubuk yang sentiasa terkenangkan puteri ikan puyu-puyu sehingga menyebabakannya sedih dan gelisah.

Persoalan tentang kedaulatan ( keluarga raja ) : Keturunan diraja mempunyai kedaulatan mereka yang tersendiri. Puteri ikan puyu-puyu berkata jika dia dari keturunan yang berdaulat barang diminta barang jadi. Terbukt apabila dia meminta agar tidak dipertemukan dengan ikan terubuk,maka berlaku perkara aneh pokok pulai muncul di tengah kolah dan akhirnya dia melompat ke atas pucuk pokok pulai dan akhirnya hilang.

Persoalan tentang kejadian luar biasa/ aneh : Golongan bangsawan sering dikaitkan dengan kejadian luar biasa apabila berdepan dengan sesuatu keadaan. Contohnya apabila Tuan Puteri puyu-puyu menyeru nenek moyangnya, maka berlakulah kejadian ribut diikuti dengan kilat dan petir menunjukkan tuan puteri seorang yang berdaulat.

Persoalan tentang kecantikkan golongan bangsawan : Golongan bangsawan sering digambarkan memiliki wajah yang cantik. Contohnya tuan puteru puyu-puyu dikatakan memiliki wajah yang cantik. Cantik menjelis barang lakunya.

Persoalan keelokkan tingkah laku golongan bangsawan : Golongan bangsawan seringkali dikatakan mempunyai ketinggian budi pekerti hingga memikat hati orang yang melihatnya. Contohnya Tuan Puteri puyu-puyu dikatakan tingkah laku yang baik.

Persoalan tentang putus asa/kecewa : Apabila berdepan dengan kegagalan dala percintaan, perasaan putus asa dan kecewa sering menghantui diri. Contohnya ikan terubuk yang gagal dalam percintaannya dengan puteri puyu-puyu sering termenung dan berada dalam gundah gulana.


Aspek pemikiran masyarakat dalamk karya

  1. Perbezaan darjat/keturunan : Boleh membawa kegagalan dalam percintaaan sebagaimana yang berlaku ke atas ikan terubuk yang gagal memiliki cinta puteri puyu-puyu kerana berbeza dari segi darjat. Ini kerana ikan terubuk berasal dari kerajaan laut manakala puteri puyu-puyu dari kerajaan air tawar.
  2. Keagungan Tuhan : Dalam sebarang urusan yang hendak dilakukan,keizinan dari Tuhan hendaklah dipohon bagi memudahkan sebarang kerja yang hendak dilakukan. Sebagaimana yang dilakukan oleh Puteri puyu-puyu yang bermohon dari Tuhan untuk memudahkan urusannya menolak ikan terubuk.
  3. Konsep daulat : Daulat merupakan kekuasaan yang dimiliki oleh seseorang pemerintah atau raja yang mana akan membolehkan seseorang pemerintah atau raja yang berdaulat dapat apa yang dihajatinya. Terbukti apabila puteri puyu-puyu mendapat apa yang dihajatinya iaitu tumbuhnya pokok pulai yang digunakan untuk menghilangkan diri.
  4. Kejadian luar biasa : Kejadian aneh yang berlaku yang dikaitkan dengan kedaulatan seseorang pemerintah . Pemerintah atau raja yang berdaulat sering akan berlakunya kejadian aneh. Dalam syair ikan terubuk kejadian aneh yang berlaku ialah ribut, kilat dan petir sebung-menyabung menandakan kedaulatan seseorang raja.
Nilai Kemanusiaan

  • Nilai kasih sayang
  • Keberanian
  • Kegigihan
  • Keyakinan
Nilai Kemasyarakatan

  • Kerjasama
  • Kesetiaan kepada pemerintah
Kepercayaan

  • Kepercayaan tentang ikan terubuk adalah ikan yang memiliki roh jahat
  • Kepercayaan terhadap kejadian luar biasa
Keagamaan

  • Memuliakan Tuhan sebagai pentadbir alam
  • Limpahan rahmat untuk semua makhluk




Thanks Reading :)

No comments:

Post a Comment