Saturday 28 July 2012

PANTUN

Definisi Pantun

Pantun merupakan sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-luasnya di dalam masyarakat melayu yang tidak kira apa tujuannya. Pantun ini dilahirkan untuk mewujudkan sesuatu maksud tertentu. Ia bertujuan memperintah lagi sesuatu ucapan. Dalam konteks ini, pantun sangat sesuai dengan jiwa orang melayu kerana dapat menunjukkan keperibadian orang melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaan. Pantun juga merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenali dalam bahasa-bahasa nusantara.

Fungsi Pantun

Pantun melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti pantun adat,agama,nasihat,jenaka,buai dan teka-teki. Setiap pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri. Dalam masyarakat melayu,pantun merupakan satu corak komunikasi berseni yang digunakan ditempat tertentu dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan sesuatu dalam maksud termasuk kiasan atau sindiran. Penggunaan pantun dalam menyampaikan sindiran bertujuan agar yang kena sindir atau yang kena nasihat itu tidak dalam nada marah, tetapi sebaliknya mempunyai azam untuk membaiki perbuatan dan perangai yang tudak disukai. Seseorang yang akan menyampaikan atau melafazkan pantun juga harus memerhatikan isi pantun,keadaan pantun dilafaz sebagai menjadi pertimbangan dalam penyampaian isi pantun. Jika hal ini tidak diberi perhatianolh orang yang melafazkan pantun, dikhuatiri akan menimbulkan salah faham kepada pendengar terutama pantun yang berkaitan dengan sindiran dan nasihat. Begitu juga jika melafazkan pantun harus dijaga agar maksud atau tujuan sesuatu pantun itu dilafazkan sampai kepada pendengar. Sesungguhnya pantun melayu yang dicipta oleh masyarakat melayu dahulu mempunyai beberapa fungsi.

Ciri-ciri Pantun

  • sebuah pantun yang wujud dalam satu rangkap dengan sempurna dari segi maknanya
  • setiap rangakp pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan juga bahagian maksud
  • pantun empat kerat , baris pertama dan kedua merupakan maksud
  • bagi pantun 2 kerat pula, baris pertama adalah pembayang manakala baris kedua adalah maksud
Jenis-jenis Pantun

  1. Pantun teka-teki : pantun ini bertujuan untuk memberi teka teki ini dan jawapannya juga diberi sekali dalam pantun tersebut
  2. Pantun nasihat : pantun ini disampaikan melalui pantun jenis ini dengan panduannya disampaikan dalam bahasa yang indah 
  3. Pantun jenaka : pamtun jenaka ini bertujuan untuk memberi sesuatu hiburan kepada masyarakat dan juga mempunyai unsur-unsur 
  4. Pantun usik mengusik : pantun ini biasanaya bertujuan untuk menimbulkan suasana ceria. Selalunya pantun ini bertujuan oleh teruna kepada si dara
PANTUN 2 KERAT

Tinggi rendah pangjang lebar
pergi sekolah mestilah belajat

pergi Taiping cuci foto
Jom semua kita tido

pergi midvalley membeli baju,
jangan suka bawa laju-laju

kanak-kanak bermain ombak
kenapa awak nak kena tembak ?

PANTUN 4 KERAT

Ayu cik Bedah berkain batik
mata yang memandang tidaklah jemu
Hati terkenang budi yang cantik
Moga terbalas bila bertemu

Terang bulan dimalam sunyi 
Cahaya memancar ke pokok delima 
Hidup di dunia buatlah bakti
kepada saudara dan ibubapa

Tenung-tenung aku
paku masak lemak
siapa tenung aku
aku bilang sama emak

PANTUN 8 KERAT

puas mandi naik ke pantai 
pasang tali kain disidai
makan nasi bersayur bayam
bayam tumis keneahnya lokan
di kedai kami duduk bersantai
pagi dibuang senja terabai
padi di tepuk di makan ayam
anak di rumah mati tak makan

pasir bulan perahu
berlabuh tentang batu bara
bergalah-galah ketepian
ketika menghadapi muaranya
kasih tuan hambalah tahu
ibarat orang menggengam bara
terus hangat dilepaskan begitu tuan malam kiranya

korek perigi ditepi seberang
tepi parit tumbuh mengkudu 
berselang dengan pohon puding
hidup subur kanan dan kiri 
tuan perigi dagang seorang
tiada saudara tempat mengadu
tiada saudara tempat berunding
pandai-pandailah membawa diri

sarang merbah di celah dahan
tempat punai bermain di situ
berkejar-kejaran anak rusa
tampak dari tanah seberang
bersyukur aku kepada tuhan
kalau nasib memang begiti
akan merana sepanjang masa
harap pada kasihan orang

PANTUN 10 KERAT

baju dastar kesumba
seluar gunting petani
jahitan nyonya kampung Erah
di hilir pasar kampung nahkodanya
batang emas dahan suasa
buahnya intan dengan padi
bungan diisap burung merak
pipit hendak hinggap dirantingnya
adakah boleh oleh yang punya 

PANTUN 12 KERAT

rotan sepatah dua patah
tarik kerakap batang padi
dibawa sultan dari Judah
padi yang jangan digembarkan
kalau gempar antara gugur 
Bila
tuan di mekah di madinah 
naik akhirat batu haji
tegak berdiri Rasullullah
kami yang jangan dilupakan
kalau lupa antara tidur
dalam tidur menjadi mimpi


Thanks Reading :)

No comments:

Post a Comment