Saturday 28 July 2012

SYAIR

Definisi Syair

Syair ialah sejenis puisi melayu lama yang berangkap dan setiap rangkapnya mengandungi 4 baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan maksud. Kempat-empat baris itu pula berirma yang sama. Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat,sindiran,nasihat,pengajaran,agama dan juga berasaskan sejarah atau dongeng.

Ciri-ciri Syair

Syair merupakan puisi terikat. Sebaris rangkap mempunyai 4 baris,setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau cerita syair itu. Ini bermakna syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun. Cerita baris dan juga dalam setiap itu perlu bersambungan dari satu rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair. Perkataan dalam setiap sebaris tetap 4-5. Manakala bilangan sukukata dalam sebaris,rima akhir dalam serangkap juga tetap iaitu a/a/a/a.

Fungsi Syair

  • Sebahagian hiburan, sesuai dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta dan keramaian dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat.
  • Adat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengjaran agama Islam dalam rukun iman,rukun solat,zakat,puasa dan sebagainya.
  • Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat 
- Ketika menyambut maulud
- Dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian. Tarian tertentu seperti dabus dan boria.
- Digunakan dalam adat perkahwinan.

Jenis-jenis Syair

Terdapat beberapa jenis-jenis syair iaitu:
  •  Syair romantis
  • Syair sejarah
  • Syair keagamaan

Contoh-contoh Syair

Inilah suatu kalam dikarang
Ayuhai tuan muda yang garang
Kalam nan bukan bukan sebarang-barang
Tujuannya banyak bukan seorang

Adapun akan di zaman ini
Banyak kulihat tolakikhwani
Selama hidup sebelum fani
Tidak mengingat Tuhan yang ghani

Dunia dijangka kekal selama
Berbuat dosa sangat ternama
Mencari wang sangat utama
Tidak menurut kata ulama

Ulama disangka bicara kosong
Sebarang kata lalu disongsang
Mencari wang berpesong-pesong
Sangatlah suka berkata bohong

Thanks Reading :)

No comments:

Post a Comment