Friday 27 July 2012

SELOKA

Definisi Seloka

Seloka ialah puisi tradisional melayu yang berbentuk bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, samada mempunyai irama ataupun tidak. Antara ciri seloka adalah mengejek,menyindir secara serius atau jenaka mahu mengkritik tingkah laku dan sifat negatif seseorang ataupun sekelompok masyarakat. Menurut kamus dewan ke-4,seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran seperti sindiran mahupun jenaka. Kata seloka berasal dari bahasa sanskrit iaitu ' Sloka '. Seloka kebiasaanya ditulis dua atau empat baris dan terkadang seloka juga ditulis lebih dari empat baris.

Masyarakat melayu mencipta seloka untuk mencerminkan rasa tidak puas hati mereka terhadap seseorang yang digambarkan melalui seloka. Seperti seloka Pak Kaduk diterjemahkan sebagai cerita yang memberi iktibar kepada segenap lapisan masyarakat dahulu dan sekarang bahawa Pak Kaduk bernasib malang akibat daripada kejahilan dirinya sendirinya.

Antaranya contoh seloka yang terdapat dalam kesusasteraan melayu lama termasuklah seloka Pak Kaduk,seloka Pak Pandir dan seloka Emak Si Rendang.

Ciri-ciri Seloka

  •  Merupakan puisi bebas atau tidak terikat
  • Tidak mempunyai pembayang
  • Rangkap : Bilangan baris dalam serangkap tidak tetap
  • Perkataan : Jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tetap.
  • Sukukata : Jumlah sukukata dalam sebaris juga tidak tetap.
  • Rima : Rima sekiranya dalam serangkap juga tidak tetap.
Fungsi Seloka

  1.  Seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmoniaan dan ketatasusilaan.
  2. Bersesuaian dengan sifat halus orang melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran
Sebagai pengajaran ataupun panduan bagi anggota masyarakat seloka juga digunakan untuk menyindirkan,mengejek,memempelak seseorang,melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial.

Contoh-contoh Seloka

SELOKA PAK KADUK

Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tersadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpupuk,
Ada rumah bertandang duduk.

SELOKA CAK KUN CAK

Satu masa yang telah silam,
Tak dapat diambil kembali,
Melayu mashyur serata alam,
Hidup mewah sekali,
Pahlawanan kita nama terbilang,
Gerak semangat kerata bangsa,
Kelekaan jangan dikenang,
Hampir tinggal sehelai benang,
Bencana sengaja dipinang,
Jika perhati bangsa dagang,
Kapak beliung ditangan memegang,
Kekayaan tendang diregang,
Akhirnya saudagar pangkat dijulang,
Disulami syair termashyur,
Usahlah berdengkur kita bertakacur,
yang maha khilaf tegur menegur,
La......la......la.....la...



Thanks Reading :)

No comments:

Post a Comment